.

.

Tuesday 5 March 2013

Miss Universe Malaysia 2013

Hello...
Entry kali ni gue saja2 je ceta pasal Ratu Cantik negara kita yang mewakili Malaysia dalam saingan Miss Universe.

Pada tahun 2010, Nadine Ann dipilih sebagai Miss Universe Malaysia dan sekali gus mewakili negara dalam saingan Miss Universe 2010. Tapi sedihnya beliau tak layak masuk top 15.

Tahun 2011 sekali lagi all Malaysian menaruh harapan besar kepada Debora Henry ketika beliau dipilih mewakili negara dalam saingan Miss Universe 2011 yang berlangsung di São Paulo, Brazil pada 12 september 2011.

Sebelum ini Deborah pernah mewakili Malaysia dalam saingan Miss World 2007 dan berjaya melayakkan diri dalam top 16. Kejayaan beliau ini menguatkan lagi harapan semua peminat pertandingan kecantikan di Malaysia agar Deborah berjaya dalam Miss Universe 2011 atau pun sekurang - kurangnya dapat masuk Top 16.

Harapan itu tenggelam begitu saja apabila beliau tak berjaya melayakkan diri dalam top 16.

Pada Tahun 2012, Ratu Malaysia Kimberley Ann dipilih bagi mewakili Malaysia dalam saingan Miss Universe. Sekali lagi harapan mengunung dikalangan peminat pertandingan kecantikan di Malaysia begitu tinggi. Sedih bercampur kecewa pun ada bila Kimberley turut sama tidak diumumkan dalam kelompok 16.

Jika dilihat sejarah penyertaan Malaysia dalam saingan Miss Universe. Malaysia hanya satu kali sahaja berjaya melayakkan diri dalam semi-final atau top 15 iaitu pada tahun 1970. Josephine Lena Wong Jaw Leng turut menerima penghargaan sebagai Expo Queen ketika itu.

Tahun ini, Carey Ng menang gelaran Miss Malaysia Universe. Gadis berusia 23 tahun ini menjadi harapan rakyat Malaysia dalam saingan Miss Universe 2013 yang bakal berlangsung pada bulan september nanti.

Tahu, peminat2 pertandingan kecantikan di Malaysia mendoakan kejayaan Carey Ng nanti. Malaysia Boleh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...