Hello semuanya...
Moga semuanya baik2 je hendaknya. Entry kali ni Ombin nak cerita sedikit tentang perjalanan ke Hong Kong dan beberapa bandar2 besar di negara China.
Syukur sangat2 coz dah selesai buat tempahan hostel kat sana. Nak duduk hostel ni coz nak jimat sikit. B4 ni tak pernah duduk hostel kat mana2 negara yang Ombin pergi. Ni la kali pertama sebab banyak baca melalui blog otai2 yang pernah duduk hostel kat luar negara. Trip kali ni Ombin kat sana selama 25 hari. Lama tak? Tentu lama kat sana. Bila fikir2 lebih baik terus jelajah sebahagian besar bandar2 besar di negara China. Sebab mungkin ini kali yang pertama & terakhir datang sini. Bukan apa, nanti next trip boleh pula ge negara lain.
Yang Ombin teringin sangat jalan2 di negara China ni coz kat negara China banyak sangat tempat2 bersejarah. Pelbagai tempat2 menarik. Bukti tamadun China itu yang terlalu agung. Sukar di gambarkan dengan kata2. Setelah baca pelbagai info tentang negara China. So Ombin ambil keputusan untuk melawat China pada tahun 2013 ni.
Berikut antara jadual perjalanan Ombin
30 March 2013 - 2 April 2013 Ombin kat Hong Kong. 4 hari la gitu stay kat sana. Sementara tu, Ombin nak ke Macau tapi tak bermalam la kat sana coz dekat je. Lagi pun tak de apa sangat yang menarik.
Hari terakhir kat Hong Kong pada 2 april. So dari Hong Kong terus masuk China. Masuk China melalui Shenzhen. Hong Kong dan Shenzhen ni dekat je.
3 April 2013 - 6 April 2013 Ombin duduk Guangzhou. Sama juga 4 hari kat sana.
7 April 2013 - 8 April 2013 duduk dekat Chongqing. 2 hari duduk sana.
9 April 2013 - 11 April 2013 pula Ombin duduk Chengdu selama 3 hari.
12 April 2013 - 14 April 2013 Ombin duduk dekat Xi'an pun sama selama 3 hari.
15 April 2013 - 18 April 2013 Ombin akan pergi Beijing dan duduk sana selama 4 hari. Sambil2 tu Ombin akan ke bandar Tianjin dan juga kota Nanjing. Senang sikit koz lokasi dia boleh ulang alik ke Beijing.
19 April 2013 - 23 April 2013 Ombin duduk Shanghai selama 5 hari juga la gitu. Walaupun pada petang 23 april tu Ombin bertolak balik ke Malaysia. So maknanya malam baru sampai Malaysia.
Tentu best jalan2 di negara orang. Kebetulan perjalanan Ombin kali ni kena pada musim bunga. So tentu cantik pemandangan kat sana kan? Selain berpeluang menikmati keindahan musim bunga yang tak de dekat negara kita, Ombin akan berpeluang melihat sendiri Tembok Besar Cina, Barung Panda, Stadium Sarang Burung dan lain2 lagi.