Salam semuanya...
Hari ni 31 march 2013 Ombin dah duduk Hong Kong ni masuk hari ke 2. Ombin duduk kawasan Tsim Sha Tsui, Kowloon, kat Hong Kong ni. 1 hari bayaran dia 320 Hong Kong Dollar. Kawasan ni ramai sangat orang asing dari pelbagai negara. Yang paling ketara sangat daripada africa dan timur tengah. Restoran halal banyak terdapat kat sini. So tak la risau sangat pasal makanan.
Malas nak bangun pagi coz sejuk.
Kat Hong Kong ni sejuk sangat2. Gila tak sejuk. Suhu pun dah 20 darjah celcius. Kat bilik Ombin ni ada aircondition. Tapi tak buka sebab memang sejuk gila. Ni la bilik sewa Ombin. Siap disediakan selimut tebal. Ombin duduk dekat tingkat 15. Yang bestnya bilik air kat dalam.
Ombin bergambar berlatarbelakangkan bangunan2 pencakar langit dekat Hong Kong ni. Dah namanya negara dunia pertama. Memang berbeza sangat2 dengan negara yang pernah Ombin lawati sebelum ni.
Yang ni pula pemandangan bangunan2 pencakar langit kota Hong Kong di sebelah kiri Ombin. Wow... best sangat2 kat sini.
Ni pula Ombin posing dekat bahagian bawah area Hotel yang Ombin duduk. Maka ulung sa isab bang kita tao pulau. Tao gimba bah.