.

.

Saturday, 23 March 2013

Perjalanan Ombin ke Manila, Philipinnes

Hello semuanya...
Dah 5 bulan berlalu. Kenangan jalan2 di kota Metropolitan Manila, Filipina masih segar dalam ingatan. Tiap kali tengok gambar2 yang Ombin rakam time kat sana cam seronok pulak. Tak pernah terfikir boleh jejakkan kaki kat sana. 

So kat sini Ombin nak cerita sikit perjalanan ke Manila. Sekurang2nya if ada yang nak melancong ke Manila dapat la sedikit info walaupun tak seberapa.

Kami bertolak dari LCCT 6:45 pagi. Letih badan menunggu penerbangan. Mana tak letihnya, jam 9pm lagi kami dah terpacak dekat LCCT. Takut tak de bas dari Salak Tinggi ke LCCT.

Gambar ni Ombin rakam time turun dari pasawat.

Sampai dekat Lapangan Terbang Diosdado Macapagal dah jam sepuluh lebih. Buat pemeriksaan passport dulu. Seorang penumpang telah ditahan oleh pihak kesalamatan lapangan terbang coz seorang wanita telah mengadu bahawa abang tu ada melakukan gangguan seksual terhadapnya time turun dari pesawat sebentar tadi. Tak tahu la betul ke tak coz time tu aku tak nampak. Dengar juga suara seorang wanita menjerit marah2. 

Gambar kenangan kat luar airport sebelum naik Jeepney
Kalau dekat Lapangan Terbang Seokarno Hatta Jakarta, Indonesia ada perkhidmatan bas Damri ke kota Jakarta. Tapi di sini tak de kot coz Ombin tak nampak pun bas. Yang ada hanya Jeepney. So kita orang pun naik Jeepney dari Airport ke Dau di Angeles City. Dau ni satu kawasan macam pekan la gitu. Dekat Dau ni ada terminal bas. Nama dia Mabalacat Bus Terminal. So dari Airport ke Mabalacat Bus Terminal tu cuma 8Peso je tambangnya. Jangan tertipu k.... Ada ke penipu? Rasa2nya tak de kot coz masyarakatnya baik2 belaka.

Bila kami da sampai Mabalacat Terminal. Ombin naik Tricycle ke hotel yang kami duduk. Kami menghinap dekat Tune Hotel di Angeles City dulu untuk 1 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Ermita. Dah letih sangat2. Nah kan... dah kena tipu dengan abang Tricycle tu. Patutnya tambang cuma 8Peso. Tapi abang tu minta 180Peso. So kena tipu la. Tentu seronok abang Tricycle tu kan? Tapi tak pe coz ini kali pertama datang kat sini. So tak tau. But pada uols kena hati2 k... So kat sini Ombin nasihatkan agar uols naik Jeepney je coz abang2 jeepney ni lebih jujur kutip tambang. 

Dah sampai Tune Hotel dekat Angeles City. Sempat juga bergambar dengan patung hantu ni. Perayaan Hallowen katanya. Banyak gambar2 hantu digantung dan menghiasi ruang hotel. Tapi macam biasalah, Tune Hotel kan kena pukul 2pm baru boleh check in. So menunggu lagi...


Akhirnya....
Dah check in dah. Penat sangat2. Perjalanan yang terlalu panjang. Huuuuuuuuuuu letih.............
Lapar........ kat sini sukar nak dapatkan makanan halal. Sukar ke? Entah la sebab tak tahu nak cari restoran halal area sini. Yang ada cuma kelab2 hiburan sepanjang jalan. Letih bercampur malas. Kami makan roti je yang dibawa dari Malaysia. Than tido zzzzz

# Kepada uols... Ingat lagi tak Mabalacat Bus Terminal tadi? Kat sana tu kita boleh juga naik bas terus ke Kota Manila. Perjalanan dari Angeles City ni ke Manila lebih kurang 2 jam gitu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...