.

.

Thursday 30 May 2013

4 Ratu Cantik Dalam Saingan Miss Universe 2013

Berikut antara 4 calon terawal pilihan admin yang akan bertanding dalam merebut gelaran Miss Universe 2013.
Mereka adalah:

María Gabriela Isler
Umur: 25 tahun
Tinggi: 1.80m
Asal: Maracay, Venezuela Venezuela


Ariella Arida
Umur: 24 tahun
Tinggi: 1.72m
Asal: Alaminos, Philippines Philippines


Constanza Báez
Umur: 22 tahun
Tinggi: 1.75m
Asal: Quito, Ecuador Ecuador


Lucia Aldana
Umur: 21 tahun
Tinggi: 1.69m
Asal: Cali, Colombia Colombia
READ MORE- 4 Ratu Cantik Dalam Saingan Miss Universe 2013

Jalan - Jalan Sekitar Avenue Of Stars, Hong Kong

Salam, jom jalan2 sekitar Avenue Of Stars di Hong Kong ni. 






Ni antara nama2 artis/pelakon yang  diabadikan kat sini.
Macam kat Hollywood gitu.....

















READ MORE- Jalan - Jalan Sekitar Avenue Of Stars, Hong Kong

Wednesday 29 May 2013

Jom Tengok Pagi Yang Indah Di Semporna














Pagi yang sangat cantik time ni. Selamat datang ke Semporna...
READ MORE- Jom Tengok Pagi Yang Indah Di Semporna

Tuesday 28 May 2013

Jom Kenali 4 Ratu Cantik Indonesia 2013


Whulandary Herman lahir pada 26 Jun 1989 di Pariaman, West Sumatera, Indonesia. 
Pada tahun 2009 Whulandary menyertai pertandingan International Model of the Year 2009 di Seoul, Korea Selatan.
Pada pertandingan itu, Whulandary berjaya mendapat tempat ke empat ( 3rd Runner-up ) dan dianugerahkan The Best Catwalk pada pertandingan berkenaan.

Gadis cantik dengan ketinggian 1.76 meter ini pernah memenangi pertandingan Asian Top Model of the Year 2010 di Fashion Asia Awards yang berlangsung di Hangzhou, China.

So tahun ini 2013, Whulandary akan mewakili negaranya Indonesia dalam saingan Miss Universe 2013 setelah beliau berjaya memenangi gelaran Puteri Indonesia 2013.


Vania Larissa lahir pada 18 November 1995 di Pontianak, West Kalimantan, Indonesia. Gadis yang memiliki ketinggian 1.71 meter ini berjaya memenangi pertandingan Miss Indonesia 2013 sekaligus beliau akan bertanding dalam saingan Miss World 2013.


Marisa Sartika Maladewi lahir pada 28 Jun 1993 di Palembang, South Sumatera, Indonesia. Gadis yang memiliki ketinggian 1.70 meter ini berjaya mendapat tempat ke dua ( 1st Runner-up ) dalam saingan Puteri Indonesia 2013.
So kejayaannya itu membolehkan beliau akan mewakili negaranya dalam saingan Miss International 2013.


Cok Istri Krisnanda Widani lahir pada tahun 1993 di Tabanan, Bali, Indonesia. Dalam saingan Puteri Indonesia 2013, beliau berjaya memenangi tempat ke tiga ( 2nd Runner-up ) Memiliki ketinggian 1.72 meter, Cok akan mewakili Indonesia dalam saingan Miss Supranational 2013 yang bakal berlangsung pada 6 September 2013 di Sport's Palace di Minsk, Belarus.
READ MORE- Jom Kenali 4 Ratu Cantik Indonesia 2013

Tengok Wayang Filem 'Fast And Furious 6'

Salam uols.... filem Fast & Furious6 sangat2 best. Pun sama tak henti2 aksinya. So tak rugi la tengok filem ni. B4 tu nak beri 4 bintang k.....

Kat sini sedikit sinopsisnya k...
Sejak rompakan Rio mereka telah menumpaskan empayar seorang ketua kongsi gelap. Dom (Diesel) dan Brian (Walker) menjadi lebih kaya dengan $100 juta yang dimiliki. 

Walaupun kaya, mereka tetap berasa kehilangan sesuatu kerana tidak boleh balik ke tanahair dan sentiasa diburu polis. Pada masa yang sama, Hobbs (Johnson) sedang menjejaki satu organisasi pemandu upahan yang mahir dan telah merentasi 12 negara. 

Ketua organisasi ini (Evans), dibantu seorang penolong kejam yang didedahkan sebagai Letty (Rodriguez), iaitu perempuan yang dicintai Dom yang dianggap telah mati. Cara terakhir untuk menghentikan kumpulan penjenayah ini ialah menewaskan mereka pada tahap perlumbaan. Jadi, Hobb meminta Dom untuk mengumpul kumpulan elitnya di London. 

Bayaran mereka ialah peluang untuk balik ke tanahair dan kembali bersama keluarga tercinta.
READ MORE- Tengok Wayang Filem 'Fast And Furious 6'

Jom kenali 2 Lelaki Paling kacak ini

Omar Borkan Al Gala &  Imran Abbas Naqvi

Omar Borkan Al Gala lahir pada 23 September 1987 di Dubai,  United Arab Emirates. Jejaka kacak ini memiliki ketinggian 1.93meter atau 6' 4 ½". Tinggi kan? Omar mencaburkan diri dalam bidang
fashion photographer, penyair dan pelakon. Beliau juga seorang model.



Imran Abbas Naqvi lahir pada 15 Oktober 1982 di Lahore,  Pakistan. Imran memulakan kerjayanya sebagai seorang model. Jejaka kacak dari pakistan ini turut mencaburkan diri dalam bidang drama dan sekaligus beliau berlakon dalam beberapa filem - filem Bollywood di India. Imran turut terlibat dalam filem terbaru iaitu
Naam Hai Boss.
READ MORE- Jom kenali 2 Lelaki Paling kacak ini

Thursday 16 May 2013

Bayi berkepala besar dibedah

EW DELHI – Sekumpulan doktor semalam berjaya melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi berusia 15 bulan yang menghidap penyakit kepala membesar.

Seorang doktor, Sandeep Vaishya berkata, pembedahan itu berjalan dengan sempurna di sebuah hospital swasta di pinggir New Delhi.
Bayi itu, Roona Begum dilahirkan dengan menghidap penyakit peningkatan cecair dalam kepala yang dikenali sebagai hidrosefalus. Kepalanya membesar dua kali ganda daripada normal.

Kisah bayi itu diketahui pada bulan lalu di Kampung Jirania di negeri Tripura, India.

Ibu bapanya hidup dalam kemiskinan. Semasa Roona dilahirkan, bapanya, Abdul Rahman yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak AS$2.75 (RM8.25) sehari diberitahu supaya membawa anaknya ke sebuah hospital swasta.
Bagaimanapun, kos perubatan untuk ditanggung Abdul Rahman yang berusia 18 tahun itu adalah tinggi.

Sebuah hospital yang dikendalikan Kumpulan Fortis Healthcare di pinggir New Delhi kemudian merawat Roona dengan percuma.
Doktor-doktor di hospital itu menggunakan peralatan pembedahan untuk menebuk tengkorak Roona untuk mengalirkan cecair daripada kepalanya.
Ukur lilit kepala bayi itu sebelum pembedahan ialah 94 sentimeter (sm).

Selepas pembedahan, ukur lilit kepalanya ialah 60sm.
Pembedahan itu mengambil masa selama lebih sejam.
Bagaimanapun, Vaishya berkata, bayi itu memerlukan satu lagi pembedahan untuk mengurangkan saiz kepalanya.

Ibu bapa bayi itu menyatakan perasaan gembira ekoran kejayaan pembedahan itu.
Roona kembali sedar selepas pembedahan itu dilakukan.
Balutan di kepala Roona menyebabkan ibunya, Fatema Khatun yang berusia 25 tahun menangis.

Namun, tangisannya terhenti selepas Vaishya menyatakan, pembedahan ke atas anaknya telah berjaya dilakukan.
Dua pelajar kolej dari Norway, Jonas Borchgrevink dan Nathalie Krantz yang menyaksikan gambar-gambar Begum telah memulakan kempen di internet untuk mengutip wang sebanyak AS$52,000 (RM156,181) bagi membantu keluarga Begum dan rawatan selepas pembedahan.– Agensi

# Maka ulong sa isab laung... Mura - murahan salamat da sia...
READ MORE- Bayi berkepala besar dibedah

Lagi Restoran Halal di Guangzhou, China

Kat sini pakai payum sangat popular time hujan. Kalau kat malaysia mungkin sedikit pelik bila segerombolan manusia pakai payung. Tapi kat sini sebaliknya. Semua pakai payung. Kemana2 pun dorang bawa payung.

Bergambar kenangan dekat Guangzhou Yuexiu Library.

Hostel pertama sekali Ombin duduk dekat Guangzhou ni berdekatan dengan Dongshankou Station. Dari Dongshankou station tu korang kena keluar ikut kiri dan kemudian ambil kanan. Bila nampak China Post terus je berjalan ikut deretan kedai tu sampai ke hujung. Kat hujung tu je  kedainya.

Nampak tak China Post tu? Dari situ kita kena berjalan sampai ke hujung. Dan kat hujung tu la restoran halal dia.

Na ni la restoran halal tu. Selamat datang....

Ni antara buku menu dia yang sepata haram pun Ombin tak faham.


Senang je. Kalau tak tahu berbahasa China kita tunjuk je.



Makanan yang Ombin order ni harga dia 13 Yuan.
Masakan kat sini dorang letak banyak lada besar.


Yang ni pula sup daging. Mana dagingnya? tak nampak pun? Banyak kuah. Cuma rasanya henyir sikit.Harga masakan ni 10 Yuan.


READ MORE- Lagi Restoran Halal di Guangzhou, China

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...