Salam...
Entry kali ni nak cerita tentang hostel yang Ombin duduk time di Kota Beijing, China.
Station yang paling dekat dengan hostel ni adalah Hepingmen Station.
Sebaik anda tiba dekat Hepingmen Station, kita kena keluar ikut Exit C. Dua gambar kat atas adalah persekitaran Hepingmen station. Yang depan ni exit D dan kat belakang sana exit C.
( Kita boleh exit kat dua - dua exit D dan C cuma lagi dekat kalau kita keluar ikut exit C )
Sekarang Ombin baru keluar ikut Exit C.
Ok cara kita nak berjalan ke hostel.
Kita kena ikut arah kiri ( Macam akak berbaju pink dalam gambar diatas tu dia berjalan ke arah kiri ) dan terus berjalan lurus je sampai ke hujung. ( Jangan belok mana2 tau.... )
Sekarang Ombin berdiri dekat bahu jalan sebelah kiri. Kat seberang jalan sana siap ada Pingan Bank.
Ha ni Pingan Bank ( Pingan Bank ni letaknya dekat arah sebelah kanan kita )
Yang ni pula Huaxia Bank. ( Huaxia Bank ni letaknya dekat arah sebelah kiri kita ) Time kita berjalan ke arah hostel tu kita akan nampak Bank, Universiti dan sekolah menengah di sebelah kiri kita. So terus je berjalan.
Bila sampai Liulichang Dongjie ni teruskan lagi perjalanan ke depan sana. ( Abaikan je penunjuk arah tu )
Jangan naik jejantas tau... teruskan je perjalanan anda ke hadapan.
( Dari jejantas ni, Hotel Far East tu dah makin dekat ) Dekat sebelah kiri terdapat deretan kedai2 menjual barang2 cenderahati, alat2 muzik, Beijing Bank dan siap ada Perpustakaan yang berdekatan dengan jejantas ni.
Dah... Sekarang kita dah sampai dekat kedai menjual alatan muzik yang terakhir sebelum membelok ke arah sebelah kiri. ( Bila nampak kedai ni tandanya kita dah sampai simpang dimana lokasi Hotel kita )
Sekarang, Ombin dah masuk simpang sebelah kiri. Simpang ni berhadapan dengan kedai sana.
( Kedai yang bercat putih bahagian bawah dan biru bahagian atas tu )
Sebaik kita masuk simpang utama ni, kita akan nampak empat lagi lorong. Dari empat lorong tu kita kena ambil lorong yang kedua dari arah sebelah kanan kita. Teruskan perjalanan anda k...
Sekarang kita dah masuk ikut lorong yang kedua. Hotel Far East tu depan sana je. Dah tak jauh k...
Na... sekarang Ombin dah sampai Far East Hotel. Senang tak nak cari lokasi hotel ni?
Apa? Pening kepala nak cari lokasi dia?
Lah... kalau korang dah malas sangat nak jalan kaki ke hotel ni, Ombin syorkan naik la teksi. Tapi teksi2 dia kadang caj mahal sikit. Ombin pernah sekali naik teksi dari Hepingmen station ke hotel ni. Abang teksi tu caj 60 Yuan. Dari Hepingmen station ke hotel ni bukannya jauh sangat pun. So menyesal la coz macam tak berbaloi. Kena tipu kot.
Ni la ruang bilik hostel dia. Sejuk gila dalamnya. Bilik ni sama dengan hostel yang Ombin duduk dekat Chengdu. Ada 4 katil dalam satu bilik. Biasanya 1 bilik ada 6 katil yang bertingkat.
Ok tak biliknya?
Memang best duduk dekat hostel time kita melancong pergi mana2 negara. Selain dapat jimatkan duit, kita akan dapat berkenalan dengan pelancong2 yang sebilik dengan kita. Tapi kalau korang dah terlalu kaya sangat aku syorkan duduk je la dekat hotel2 mewah sekitar Beijing ni k....
Ok la... nak rehat dulu k.....