Ombin dah sampai airport Hong Kong. Ambil gambar kejap sebelum buat pemeriksaan passport.
Sila la rujuk kat papan informasi dia k... Tak jelas coz malam,
Beli tiket kat kaunter ni.
Beli dekat kaunter Cityflyer ok.
Harga tiket bas 33 Hong Kong Dollar
Pastikan platform anda betul.
Kalau macam Ombin nak pergi ke Tsim Sha Tsui, Kowloon. Platform kita bernombor A21.
Rakam2 gambar sebagai kenangan.
Dah dalam bas.
Ni la kawasan yang Ombin duduk.
Kita turun kat sini. Chungking Mansions ni ist ingatkan macam shopping. Rupanya dia macam apartment. Ada rumah persendirian dan ada juga yang dijadikan sebagai rumah tumpangan serta hostel.
Ok, kita masuk pintu utama ni lepas tu jalan sampai ke hujung ( jalan lurus je ) sambil tengok2 ke arah sebelah kiri. Kat sebelah kiri terdapat lif. Ambil lif yang bernombor 6 dan naik sampai tingkat 15. Bila sampai tingkat 15 kita kena ambil kanan untuk ke keunter reception.
Tapi kalau rasa banyak duit tu cari la hotel2 mewah sekitar sini. Macam Ombin tak kesah yang penting ada tempat tidur yang selesa sikit dan boleh simpan barang time kita berjalan2 sekitar Kota Hong Kong.
PERINGATAN
Time anda turun dari bas ( Bas dari Airport Hong Kong ) bila sampai kawasan Tsim Sha Tsui ni. Ramai ulat2 yang akan menawarkan perkhidmatan bilik mahupun hostel untuk anda. So jangan terpedaya k... Sebab dorang ni nakkan komisyen. Ulat2 ni kabanyakannya orang asing dari africa dan negara2 arab.
Sekarang kita berada dekat Nathan Road. Inilah pemendangan sekitar hostel yang Ombin duduk.
Ni antara guest house yang ada kat sini. Banyak lagi ok so korang boleh pilih.
Dah selamat check in. Rehat2 dulu sebelum cari makan.