Entry kali ni Ombin nak cerita sedikit tentang hostel yang Ombin duduk dekat Kota Shanghai.
Gambar kat atas ni pemandangan sekitar Dalian Station iaitu station yang paling dekat dengan Naza Youth Hostel. Bila anda sampai Dalian Station ni, kita kena keluar ikut Exit 4 ok. Lepas tu jalan kaki je ikut seperti mana orang2 dekat dalam gambar atas tu sampai hujung.
Ni sistem subway kat kota Shanghai. Tak silap Ombin kat sini ada 16 atau 17 line. So kena rajin2 baca dengan teliti. Dalian Station ni dekat line 4
Sampai dekat Kunming Road ni kita kena ambil sebelah kiri. ( lagi senang kita menyeberang jalan dulu dan ikut deretan kedai tu.
Terus je k...
Bangunan cat oren tu menandakan kita dah nak sampai dekat Naza Youth Hostel. Tapi kita tak la sampai kesana sebab kita kena belok sebelah kanan pula apabila dah sampai lampu isyarat dekat simpang empat tu.
Sekarang kita dah sampai simpang empat. Nampak tak lampu isyaratnya? Lepas tu kita ikut je sebelah kanan ( kan ada orang siap baca surat khabar tu ) dan terus. Lebih kurang 20 meter je dari lampu isyarat ni Naza Hostel tu. Tapi sebelum sampai hostel kita akan jumpa restoran halal dulu yang sebaris dengan hostel.
Yang ni pula kedai serbaneka 24 jam yang terletak dekat simpang empat.
Na kan... dah sampai pun dekat Naza Youth Hostel. Untuk pengetahuan uols, kebanyakan hotel2 dekat negara China ni dorang ada menyediakan beberapa bilik yang dijadikan hostel. So selesa juga la sebab bilik tu memang bilik hotel cuma yang bezanya bilik hostel ni ada katil bertingkat dan satu bilik memuatkan 4 atau kadang - kadang 6 orang.
Jom check in dulu.
Bilik bernombor 23 ok...
Macam ni la keadaannya dalam hostel. Ombin duduk katil bawah sebab senang nak bergerak. Biasanya setiap katil disediakan 1 lampu dan 1 plag ( plag? apa apa la ) ok. Tapi kat sini dorang guna plag 2 pin je. kalau kat Malaysia ada plag 3 pin kan? Kat negeri China ni plag 2 pin je. So kita kena beli awal2 atau bawa siap2 dari Malaysia.
Duduk hostel memang lebih jimat coz harganya pun murah. So boleh la kita melancong walaupun dengan harga yang murah.
Seronok dapat tengok negara orang.