.

.

Sunday, 12 May 2013

Yangtze River Youth Hostel di Kota Chongqing, China

Salam...
Entry kali ni nak cerita tentang hostel yang Ombin duduk dekat Chongqing, China. Tempat yang Ombin bergambar ni nama dia Xiaoshizi Station. ( Berbuih mulut nak menyebutnya... hahahaha... )

Sekarang kita dah keluar dari Exit Xiaoshizi Station untuk ke Yangtze River Youth Hostel. Tak susah tau, cuma jalan kaki je.

Cara nak ke hostel tu macam ni.
Sebaik je kita keluar dari exit Xiaoshizi ni terus je berjalan ke hadapan. Lepastu kita akan nampak lorong ke arah  ( tak jauh dari exit tu ok ) sebelah kanan. Lorong tu siap ada orang jual2 dekat tepi jalan. ( Senang kata pasar malam la gitu. Cuma kat kawasan ni pula dorang meniaga siang dan malam. ) Kita masuk lorong kanan tu dan terus sehinggalah kita jumpa jalan besar kat depan.
Dari situ kita kena menyeberang jalan tu ke depan. Setelah kita berjaya menyeberang jalan, kat situ ada lorong kecil menghala ke bahagian bawah. ( Lorong kecil ni ada orang jual2 sayur dan buah - buahan dekat depan dia. Lorong ni juga ada pembinaan jambatan dekat sebelah kiri kita. Kalau jambatan beser tu dah siap, ingat je jambatan di bahagian sebalah kiri ok... )

Ikut je lorong tu sampai ke hujung sehinggalah kita jumpa jalan besar lagi. Dari jalan besar ni kita akan nampak terowong di arah  ( jangan pula ikut terowong tu k... ) sebelah kiri dan kita dah mula nampak Sungai Yangtze di hadapan sana. Sekali lagi kita kena menyeberang jalan tu ke depan.

Bila dah berjaya menyeberang jalan, ikut laluan ( ada satu tangga menghala ke bahagian bawah ) yang menghala ke bahagian bawah tak jauh dari tempat kita berdiri. Dan bila dah sampai bawah tu ada la pula 2 lorong kecil iaitu ke kiri dan kanan. Kita ambil arah kiri ( Siap ada pintu gerbang ) dan turun lagi sampai bahagian bawah. ( Hostel ni macam kat tepi sungai la gitu... ) Kat situ la hostelnya. Ikut sebelah kiri ok bila anda sampai deretan hotel2 kat kawasan tu.

Yangtze River Youth Hostel ni berdekatan dengan 3 condo kat tepi sungai sana. ( Seperti dalam gambar ni siap Ombin dah tanda anak panah warna kuning tu )


 Ni la bahagian hadapan Yangtze River Youth Hostel tu.



 Wellcome... masuk....


Jom check in dulu.

Ni la ruang bila kita masuk nak cari nombor bilik. Saya kata nice...

Nombor biliknya 303.

Dah jumpa dah biliknya. Jom kita tengok macam mana keadaan dalam bilik dia.






 Hostel yang ni dah terlalu mewah gitu,,, dah macam hotel pun ada.

Macam biasa la Ombin suka ambil katil bahagian bawah coz senang nak bergerak.
 
Ok uols... nak berehat dulu. Senang tak nak cari lokasi hostel ni? Harap2 la korang jumpa. Jimat beb duduk hostel.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...